utama

Remy hampir lemas

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Setiap daripada kita tentu pernah berdepan pelbagai kenangan pahit yang mencipta trauma dalam diri.

Bagi pelakon Remy Ishak, dia sendiri mengakui pernah trauma dengan air selepas berlaku insiden yang hampir menyebabkannya lemas.

“Sekitar empat tahun lalu, saya ke Ulu Yam untuk beriadah di salah satu air terjun di kawasan itu. Hendak dijadikan cerita, ada seorang wanita yang hampir lemas. Saya cuba menyelamatkannya, namun dia terlalu agresif dan usaha saya gagal,” katanya.

Menurutnya, disebabkan itu juga, dia pula kemudian tersangkut dalam situasi sama dan hampir lemas.

“Disebabkan pergerakannya yang panik pada waktu itu, saya yang cuba membantunya juga tidak dapat bernafas dan hampir lemas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 12, 2017 @ 7:37am
d