utama

'Kalau melawan telinga kena potong'

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

KEMENTERIAN Luar mengesahkan kejadian sekumpulan penjenayah memecah masuk kediaman Duta Malaysia di Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya di Las Flores Avenue, Las Condes, Chile lewat petang semalam.

Berdasarkan laporan portal Chile, Biobiochile.cl, kejadian berlaku pada jam 11.15 malam semalam (11.15 pagi waktu Malaysia) dengan lima penjenayah itu turut memberi amaran supaya mematuhi arahan mereka.

Perompak berkenaan dilaporkan memukul kepala duta itu dan mengugut untuk membunuh anak-anaknya dan memotong telinga isterinya jika beliau tidak memberikan kerjasama sebelum mengambil semua barang kemas milik anak dan isteri selain meminta sejumlah wang.

Susulan dari itu, dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar hari ini, polis Santiago melancarkan siasatan khas berhubung kejadian itu dan sudah merakam keterangan selain mengumpul bukti untuk membantu siasatan.

“€œKeselamatan Duta kita sentiasa menjadi keutamaan kementerian berikutan mereka menjadi pegawai barisan hadapan yang mewakili negara.

“€œKami akan mengutarakan isu ini kepada semua pihak berkaitan di Chile sehingga siasatan selesai,” katanya.

Disiarkan pada: June 13, 2017 @ 6:24pm
d