utama

Grab rancang lancar perkhidmatan helikopter

Oleh AFP

Jakarta: Eksekutif yang sering berdepan masalah kesesakan jalan raya yang teruk di bandar ini berpeluang menempah helikopter menggunakan telefon bimbit melalui perkhidmatan terbaru yang dirancang syarikat Grab.

Syarikat aplikasi teksi kereta itu kini melakukan ujian perkhidmatan GrabHeli pada hujung minggu ini dengan menawarkan penerbangan percuma kepada pelanggan terpilih.

GrabHeli dianggap sebagai alternatif kepada golongan eksekutif di bandar raya yang mempunyai 10 juta penduduk dan berdepan kesesakan jalan raya antara terburuk di dunia.

Grab antara perkhidmatan pengangkutan popular di Indonesia dan bersaing dengan syarikat tempatan, Go-Jek serta Uber dari Amerika Syarikat.

Pengarah pemasaran Grab Indonesia, Mediko Azwar berkata, syarikat itu meneroka kemungkinan melancarkan GrabHeli secara komersial dan kajian kebolehlaksanaan kini dilakukan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 14, 2017 @ 4:30am
d