utama

Tak mahu kerap muncul di TV

Tidak banyak publisiti membabitkan pelakon jelita Tiz Zaqyah mutakhir ini.

Bukan mengelak daripada media sebaliknya pelakon yang menempa nama menerusi drama bersiri Nur Kasih ini mengakui lebih selektif dengan tawaran berlakon yang diterima.

“Sebagai pelakon, saya sangat mementingkan kepuasan dalam lakonan.

“Sebab itu saya menolak jika ditawarkan karakter klise.

“Saya mahukan karakter yang serius dan ada kelainan untuk maju dalam karier lakonan. Contohnya, dalam drama terbaru Aku, Mawar dan Makhluk Asing,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 15, 2017 @ 4:15am
d