utama

[UPDATE] Perginya mereka di bulan mulia [METROTV]

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

DUA juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang ketika menjalani latihan menaiki pesawat Hawk 108 ditemui meninggal dunia di Chukai, Kemaman, Terengganu 2.30 petang, hari ini.

Mayat Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, ditemui 20 meter antara satu sama lain lengkap dengan payung terjun masing-masing.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, kedua-dua mangsa adalah dari 6 Skuadron Pangkalan Udara Labuan, Sabah.

"Kita percaya mereka sempat menarik kerusi lenting ketika pesawat itu mula hilang kawalan.

"Mereka adalah juruterbang berpengalaman dan ini adalah kehilangan besar kepada kami," katanya dalam sidang media khas di Pangkalan TUDM Kuantan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, bangkai pesawat bagaimanapun masih belum dijumpai dan gerakan mencari sedang giat dijalankan.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

Dalam pada itu, TUDM menggantung sementara operasi pesawat Hawk 108 sehingga siasatan selesai.

Berita berkaitan

Jumpa payung terjun

Kronologi Hawk 1996-2006

Pesawat TUDM terputus hubungan

Disiarkan pada: June 15, 2017 @ 5:05pm
d