utama

Mangsa buli meninggal dunia

Oleh Hadzlihady Hassan

MANGSA buli dan pukul, T Nhaveen, 18, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini.

Nhaveen sebelum ini koma dan mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan kematian mangsa 6 petang, hari ini.

Menurutnya, kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mangsa dan seorang lagi rakannya T Preevin, 19 sebelum ini dipukul sekumpulan lima remaja lelaki dalam kejadian di Jalan Kaki Bukit, 2.10 pagi, Sabtu lalu.

Disiarkan pada: June 15, 2017 @ 7:01pm
d