utama

Raih emas rekod baru kebangsaan

Oleh Aida Adilah Mat

KUARTET 4x100 meter wanita negara berjaya meraih emas sekali gus mencipta rekod baru kebangsaan dalam acara itu di Kejohanan Olahraga Terbuka Thailand, hari ini.

Kuartet yang dibarisi pelari Shereen Samson Vallabouy selaku pelari pertama, Siti Fatimah Mohamad, S Komalam Shally dan Zaidatul Husniah Zulkifli itu melakarkan 45.19 saat (s) untuk memadamkan rekod lama 45.32s yang dilakukan di Terbuka Singapura April lalu.

Perak dalam acara itu dimenangi Thailand, 45.29s dan gangsa milik Singapura, 45.65s.

Bagaimanapun nasib berbeza dialami kuartet lelaki yang dibarisi Jonathan Nyepa, Badrul Hisyam Abdul Manap, Mohamad Aqil Yasmin dan Khairul Hafiz Jantan apabila menamatkan saingan di tempat ketiga.

Mereka mencatatkan 40.02s dalam saingan yang dimenangi atlet Thailand, 39.45s dan perak milik Hong Kong 39.84s.

Disiarkan pada: June 15, 2017 @ 8:25pm
d