utama

[UPDATE] Semoga arwah tenang di sana... [METROTV]

Oleh Nabihah Kamal

JENAZAH juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, yang terkorban dalam nahas Hawk 108, semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa, 12.45 tengah hari ini.

Terdahulu, jenazah diterbangkan dari Pangkalan Udara Kuantan menggunakan pesawat Hercules C130H dan tiba di Pangkalan Subang pada, 10.15 pagi.

Jenazah dibawa dengan menaiki van jenazah diiringi anggota polis trafik dan kenderaan rasmi TUDM ke Masjid Ibnu Sinar Taman Tasik Titiwangsa untuk disembahyangkan.

Turut hadir pada majlis pengebumian, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan 200 orang terdiri daripadapegawai tertinggi TUDM, keluarga, sanak-saudara, dan sahabat handai.

Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof terkorban dalam nahas membabitkan pesawat Hawk 108 di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu semalam.

Seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, turut terkorban dalam nahas itu.

Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi sebelum terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.

Mayat mereka ditemui 2.30 petang, semalam dengan payung terjun masing-masing dalam jarak 20 meter antara satu sama lain.

Allahyarham Mejar Yazmi meninggalkan balu, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi dan enam anak lelaki berusia antara tiga hingga 11 tahun.

Update nahas Hawk 108


Berita berkaitan

Semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV]

Jenazah diterbangkan ke Jempol, Subang

Dibawa ke surau Pangkalan Udara Kuantan

Dibawa ke rumah waris pagi esok

Tolong hormati keluarga mangsa

Jenazah dua juruterbang tiba di HTAA

Sepatutnya pulang ke kampung Sabtu ini

Perginya mereka di bulan mulia

Jumpa payung terjun

Kronologi Hawk 1996-2006

Pesawat TUDM terputus hubungan

Disiarkan pada: June 16, 2017 @ 1:58pm
d