utama

'Pelik Allahyarham tak suruh kemas beg'

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

“SUAMI belum membuat sebarang persiapan menyambut Aidilfitri dan merancang untuk membeli baju raya apabila berada di kampung,” kata Asysyuhadak Ahmad, 30.

Isteri kepada juruterbang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang terkorban selepas pesawat dinaiki bersama Mejar Yazmi Mohamed Yusof dipercayai terhempas di kawasan hutan paya di Chukai, Terengganu, semalam.

Asysyuhadak berkata, mengikut perancangan, suami akan pulang ke Labuan jam 10 malam ini dan mereka akan menaiki penerbangan pulang ke kampung Allahyarham di FELDA Lui Muda, Jempol, esok.

"Peliknya, arwah suami tidak menyuruh saya mengemas beg pakaian untuk dibawa pulang ke kampung. Biasanya suami akan bertanya saya berulang kali selagi saya belum mengemas tetapi kali ini dia tidak bertanya.

"Arwah suami juga sangat gembira dan tidak sabar untuk pulang menyambut Aidilfitri kerana dia bercuti panjang sehingga 28 Jun ini," katanya ketika ditemui di kediaman mentuanya di FELDA Lui Muda, Jempol, hari ini.

Jenazah Mohd Hasri dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Lui Muda, Jempol, jam 11.15 pagi selepas dibawa menaiki pesawat EC725 dari Pangkalan Udara Kuantan dan disembahyangkan di Masjid Kariah FELDA Lui Muda.

Asysyuhadak dan anak perempuannya Nur Hafiya berusia lapan bulan turut mengiringi jenazah.

"Saya bersyukur semuanya sudah selesai dan sangat berterima kasih kepada TUDM yang membantu menguruskan jenazah suami. Saya reda menerima takdir walaupun kehilangan suami sekelip mata," katanya.

Update nahas Hawk 108


Berita berkaitan

Semoga arwah tenang di sana... [METROTV]

Semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV]

Jenazah diterbangkan ke Jempol, Subang

Dibawa ke surau Pangkalan Udara Kuantan

Dibawa ke rumah waris pagi esok

Tolong hormati keluarga mangsa

Jenazah dua juruterbang tiba di HTAA

Sepatutnya pulang ke kampung Sabtu ini

Perginya mereka di bulan mulia

Jumpa payung terjun

Kronologi Hawk 1996-2006

Pesawat TUDM terputus hubungan

Disiarkan pada: June 16, 2017 @ 3:38pm
d