utama

Metro@7 - 16 Jun 2017 [METROTV]

Oleh HM Digital

• Jenazah juruterbang TUDM, Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Lui Muda, Jempol dan Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa, Kuala Lumpur, hari ini.

• Rangka pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas, semalam, ditemui berhampiran Kampung Yak Yah, Chukai, jam 10.27 pagi, hari ini.

• Ahli keluarga dan rakan kepada mangsa buli dan liwat, T Nhaveen, 18, menjerit menuntut keadilan sewajarnya.

• Sebuah premis judi dalam talian yang berselindung di sebalik restoran diserbu polis dalam Ops Bersepadu, di Penampang, malam tadi.

• Dua belas premis termasuk tujuh kediaman di Jalan Petani dekat Dataran Syahbandar, musnah dalam kebakaran jam 9.30 malam tadi.

• Seorang lelaki ditahan bersama beberapa kotak mercun bernilai RM500 di bazar Ramadan Peringgit, petang semalam.

• Affin Islamik Bank menyumbangkan sebanyak RM3,500 kepada rumah kebajikan terpilih serta yang memerlukan sekitar Shah Alam.

Disiarkan pada: June 16, 2017 @ 6:08pm
d