utama

Belum ada 'umphh!'

Oleh Saiful Affendy Sapran

SKUAD hoki negara terus malap selepas tewas kepada England 3-7, pada perlawanan kedua Kumpulan A, Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, awal pagi Ahad (waktu Malaysia).

Perlawanan di London adalah sebahagian kempen kelayakan ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.

Kekalahan itu adalah yang kedua dialami pasukan bimbingan Stephen Van Huizen selepas tewas 2-5, kepada pasukan ranking pertama dunia, Argentina, semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Hoki dan Tennis Lee Valley itu, England pantas di depan dengan dua gol menerusi jaringan padang Barry Middleton dan Christopher Griffiths, masing-masing pada m-5 dan m-8.

Skuad negara kemudian berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan penyerang Faizal Saari m-19 dan pukulan sudut penalti Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil m-28.

Bagaimanapun, skuad negara gagal menyaingi rentak permainan pantas England.

Lawan berjaya menambah lima gol menerusi Sam Ward m-32 dan m-51, Middleton m-34 serta Mark Gleghorne m-39 serta m-55.

Malaysia memperoleh gol ketiga hasil pukulan sudut penalti disempurnakan oleh Faizal tiga minit sebelum tamat perlawanan.

Berita berkaitan

World Cup Qualifier

Disiarkan pada: June 18, 2017 @ 3:44am
d