utama

Layan Quntau macam manusia

Oleh Nur Lela Zulkipli

Kuala Lumpur: “Usaha menjinakkan kucing serval atau kucing hutan tidak susah, malah apabila kita menjinakkannya ia menjadi sangat rapat dengan tuannya.”

Itu kata penjinak kucing hutan Muhammad Nazirul Mubin Mokhtar, 26, selepas videonya bersama kucing hutan jantan yang dijinakkan menjadi tular di laman Facebook sehingga mendapat lebih 10,000 perkongsian sejak minggu lalu.

Video itu turut menjadi tular selepas tersebarnya berita mengenai pengusaha kosmetik Datuk Aliff Syukri yang mengurung kucing hutannya di dalam bilik air kerana gagal menjinakkan haiwan eksotik dari Afrika Selatan itu.

Menurut Muhammad Nazirul, dia hanya mengambil masa beberapa hari menjinakkan kucing hutan yang dibela seawal umur tiga bulan.

“Sejujurnya cara menjinakkan kucing hutan tidak sukar dan boleh dilakukan sesiapa saja. Pembela hanya perlu melayan kucing sama seperti melayan manusia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 19, 2017 @ 8:22am
d