utama

Perlihat kemesraan demi watak

Oleh Ramlah Zainal dan Najiy Jefri

Keserasian Fattah Amin dan Nur Fazura dalam drama bersiri popular Hero Seorang Cinderella berjaya mencetuskan fenomena ketika ini.

Ternyata, keserasian mereka terserlah apabila menjiwai watak Nura Medina dan Tengku Ian Uzzam hingga menambat hati penonton sejak mula bersiaran di saluran Astro Ria, 22 Mei lalu.

Malah, peminat Fattah dan Fazura juga bergabung dan mencipta hashtag #Fattzura sebagai tanda sokongan sekali gus mengatasi kejayaan #Lofattah dalam Suri Hati Mr Pilot sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, lagu tema Hero Seorang Cinderella nyanyian mereka berjudul Cinderella turut disukai peminat dan menjadi tular ketika ini.

Fenomena #Fattzura turut membuatkan peminat ingin menjodohkan mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 21, 2017 @ 3:58am
d