utama

Lega menang

Oleh AFP

Sochi, Russia: Pasukan muda Jerman menangani kebangkitan Australia pada babak kedua bagi membuka kempen Piala Konfederasi mereka dengan kemenangan 3-2 ke atas Socceroos di Sochi, kelmarin.

Gol sumbangan Lars Stindl dan Leon Goretzka, selain sepakan penalti kapten Julian Draxler, menyaksikan Jerman menang bagi membolehkan mereka menghuni tangga kedua Kumpulan B di belakang Chile, yang akan mereka temui di Kazan awal pagi Jumaat ini.

Pemain tengah Celtic, Tommy Rogic menjadikan kedudukan 1-1 pada babak pertama dan Tomi Juric menambah gol kedua Australia selepas rehat menerusi gol yang dibenarkan sekali pun jelas kelihatan dia memegang bola menerusi reviu video pembantu pengadil.

Socceroos kemudian melancarkan serangan bertali arus untuk menyamakan kedudukan namun Jerman mampu mempertahankan kedudukan itu.

“Pertama sekali, saya gembira kami meraih tiga mata,” ujar jurulatih Jerman, Joachim Loew.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 21, 2017 @ 6:50am
d