utama

Nafi kitar lampin anak

Temerloh: Usianya sudah menjangkau 73 tahun namun ketabahannya menjaga dua anak orang kurang upaya (OKU) dalam keadaan serba kekurangan cukup menyentuh hati bagi setiap yang melihatnya.

Bagi Abdul Rahman Jusoh, dia reda dengan takdir ditentukan Allah SWT dan akan berusaha menjaga anak istimewanya itu selagi dipanjangkan usia.

Bagaimanapun, bapa tunggal itu berkata, dia tetap resah memikirkan nasib anaknya, Fadzil, 29, iaitu OKU lembam dan mengalami masalah penglihatan kurang jelas selepas hidap demam panas pada usia 10 tahun manakala anak bongsunya, Musa, 22, OKU fizikal selain mata kirinya buta sejak dilahirkan.

“Saya bimbang tiada siapa menjaga jika saya tiada nanti. Apatah lagi kedua-dua mereka memerlukan perhatian lebih terutama Musa yang tidak mampu bergerak dan terpaksa diletakkan dalam kerusi kayu buatan saya sendiri kerana bimbang dia terjatuh walaupun sudah mempunyai kerusi roda diterima hasil bantuan.

“Selama tempoh 14 tahun ini saya yang menjaga mereka selepas berpisah dengan isteri dan saya tidak pernah meninggalkan mereka dalam jangka masa lama kerana bimbang keselamatan mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Mengkuang Ladang, dekat Charuk Puting, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 21, 2017 @ 7:41am
d