utama

Wanita, budak rentung di ruang tamu

Oleh Junaidi Ladjana

WANITA dan kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Pamaluyan, Tenom, kira-kira 8 pagi ini.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom sebaik api dipadam sejam kemudian.

Ketua Pusat GerakaOperasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggikan kecemasan pada 8.08 pagi.

Katanya, anggota tiba di lokasi kejadian setengah jam kemudian dengan jarak perjalanan kira-kira 30 kilometer.

"Kebakaran membabitkan rumah PPRT yang terbakar 90 peratus.

"Sebaik api dikawal pemeriksaan dilakuka dan menemui dua mangsa rentung di ruang tamu rumah," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, identiti sebenar wanita berusia dalam lingkungan 20-an dan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang ditemui rentung masih belum diperoleh.

"Maklumat terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Disiarkan pada: June 21, 2017 @ 11:37am
d