utama

Peluang kini terbuka luas

Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Dua atlet paralimpik negara Abdul Latif Romly dan Mohd Ziyad Zolkefli bakal mencipta sejarah baru temasya Sukan SEA dan Para ASEAN sekiranya mampu muncul juara dalam dua temasya itu.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, nama kedua-dua atlet itu sudah disenaraikan bagi Sukan SEA pada Ogos dan Para ASEAN, September.

“Nama sudah tersenarai dan terpulang kepada mereka untuk melakukan sesuatu luar biasa. Jika berjaya ia sesuatu yang membanggakan.

“Ia bakal menjadi sejarah baru sekiranya meraih emas pada dua temasya berkenaan kerana sepanjang pengetahuan saya, belum pernah ada atlet sama yang menang,” katanya.

Latif dan Ziyad masing-masing meraih emas Sukan Paralimpik Rio tahun lalu menerusi lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) dan lontar peluru T20.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 22, 2017 @ 4:16am
d