utama

Mesin gol Chile

Oleh AFP

Kazan, Russia: Pemain Arsenal Alexis Sanchez menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa Chile dengan gol antarabangsa ke-38 selepas seri 1-1 dengan Jerman dalam kejohanan Piala Konfederasi semalam.

Bintang Gunners itu yang dipilih pemain terbaik perlawanan, berada dalam buku rekod apabila bijak memanfaatkan kesempatan kesilapan pertahanan Jerman.

Bagaimanapun, Lars Stindl menjaringkan gol keduanya dalam kejohanan ini apabila menyamakan kedudukan untuk juara dunia itu sejurus sebelum rehat bagi berkongsi mata.

“Kami sedar mereka akan menyerang kami sejak dari awal,” kata penjaring gol Stindl.

“Tapi, kami memang berhak dengan keputusan itu. Kami kini sedar yang kami boleh bersaing dengan pencabar hebat.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 24, 2017 @ 7:24am
d