utama

Tunai hajat baju kurung

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: “Saya membelikan baju kurung buat Nur Hafiya untuk dipakai pada pagi hari raya nanti sebagai melaksanakan hajat arwah suami yang mahu melihat anaknya memakai baju kurung pada Aidilfitri ini.

“Walaupun arwah tidak sempat melihat anaknya memakai baju kurung, saya tetap mahu menunaikan hajat itu,” kata Asysyuhadak Ahmad, 30, balu Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108, pada 15 Jun lalu.

Dia bersama keluarga mentuanya ke kedai pakaian di Bahau, di sini, membeli baju kurung berwarna hijau itu untuk Nur Hafiya yang berusia lapan bulan, pada Isnin lalu.

Katanya, dia hanya mengutamakan pakaian raya untuk anak perempuannya itu, malah persiapan menyambut Aidilfitri di rumah keluarga mentuanya di FELDA Lui Muda, di sini, juga dibuat secara sederhana.

“Saya akan beraya bersama keluarga mentua sebagai memenuhi hajat arwah suami yang mahu menyambutnya di sini. Biarpun Syawal kali ini disambut tanpa suami di sisi, saya bersyukur keluarga mentua banyak memberi sokongan dan dorongan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 24, 2017 @ 8:24am
d