utama

Tunggu baju raya

Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: “Kami enam beranak tidur di kaki lima di sini sejak beberapa hari lalu kerana kawan cakap ketika bulan puasa ini banyak sumbangan pakaian dan makanan diberikan, jadi dapatlah saya, suami dan empat anak menumpang ihsan orang ramai.

“Syukurlah sebab tak perlu lagi beli baju raya untuk anak-anak kerana selain baju terpakai, ada juga penderma yang memberikan pakaian baru dan bolehlah digayakan pada pagi raya nanti,” kata Siti, 35.

Wanita itu bersama suami dan empat anaknya yang masih kecil berusia satu hingga 10 tahun antara puluhan gelandangan yang ditemui di kaki lima Kolej SEGI, Jalan Hang Lekiu, di sini, semalam.

Lokasi berkenaan antara tumpuan golongan gelandangan tidur sambil menunggu sumbangan makanan daripada orang ramai khususnya daripada badan bukan kerajaan (NGO) selain individu yang prihatin terhadap nasib mereka.

Ketika ditemui wartawan pada jam 3 pagi, dua anak lelakinya berusia satu dan dua tahun sedang leka menyuap nasi ayam di kaki lima sambil diperhatikan Siti dan suaminya Azril, 32.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 24, 2017 @ 8:40am
d