utama

Pilih pakaian sedondon

Oleh Ardini Sophia Sina

Kali pertama menyambut Aidilfitri sebagai pasangan suami isteri, Amar Baharin dan Amyra Rosli turut memilih untuk mengenakan pakaian sedondon di pagi raya.

Disatukan pada 11 November tahun lalu, pasangan ini membuat persiapan dua minggu lebih awal dan sepakat untuk menyambut secara sederhana.

Tambah pula Amyra berbadan dua dan usia kandungannya mencecah enam bulan. Mereka lebih fokus kepada kesihatan bayi dalam kandungan serta diri Amyra.

Segala perancangan yang dibuat berdasarkan tahap kesihatannya tetapi turut merancang menyambut hari raya di rumah keluarga Amar terlebih dulu sebelum ke kampung ayah Amyra di Terengganu pada hari raya ketiga.

Kata Amar, apa pun setiap perancangan akan ada perubahan andai kesihatan Amyra tidak mengizinkan untuk dia bergerak banyak.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 25, 2017 @ 4:33am
d