utama

141 tertimbus

Oleh Reuters

Beijing: Pasukan penyelamat menggeledah runtuhan batu dan tanah dalam usaha mencari lebih 140 orang yang dikhuatiri tertimbus selepas bahagian sebelah sebuah gunung di Sichuan, wilayah di barat daya China runtuh.

Sepasang suami isteri dan seorang anak mereka berjaya diselamatkan dan dibawa ke ke hospital selepas lebih 40 rumah di Kampung Xinmo tertimbus dalam kejadian itu, lapor akhbar online People’s Daily yang memetik kenyataan jurucakap kerajaan tempatan.

Sekurang-kurangnya 141 orang dan 46 rumah tertimbus, menurut laporan itu.

Kejadian itu juga menyebabkan laluan jalan raya sejauh 1.6 kilometer tersekat dan aliran sungai sepanjang dua kilometer terhadang.

Pasukan penyelamat menggunakan jentolak dan jentera penggali untuk mengalihkan bongkah batu sementara puluhan yang lain mencari mangsa di celah runtuhan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 25, 2017 @ 5:43am
d