utama

Loew tempa rekod Die Mannschaft

Oleh AFP

Sochi, Russia: Joachim Loew bangga menjadi ketua jurulatih pertama mencapai kemenangan ke-100 ketika menewaskan Cameroon 3-1 untuk membawa Jerman ke separuh akhir Piala Konfederasi.

Kemenangan itu yang perlawanan ke-150 Loew yang turut menyaksikannya mengekalkan rekod membanggakan apabila mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir setiap kejohanan disertai sejak sedekad lalu.

“Sudah tentu saya gembira. Angka itu menarik,” kata Loew yang menggantikan Jurgen Klinsmann sebagai jurulatih kebangsaan pada Ogos 2006.

“Ia mengingatkan saya terhadap mereka yang bersama saya sejak dari mula seperti (pengurus semasa) Oliver Bierhoff dan (jurulatih penjaga gol) Andreas Koepke.”

“Hansi Flick (penolong Loew ketika Jerman muncul juara Piala Dunia 2014) turut memainkan peranan dan saya perlu berterima kasih kepada mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 27, 2017 @ 9:59am
d