utama

Alif kekal tradisi

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Seiring peredaran zaman, tradisi memberi dan menerima kad raya semakin hilang ditelan waktu.

Namun begitu, bagi keluarga penyanyi dan pelakon Alif Satar, mereka masih meneruskan tradisi itu walaupun sekadar saling membalas kad raya sesama anggota keluarga.

"Kami sekeluarga masih mengamalkan tradisi bertukar kad raya. Memang semua adik-beradik akan membuat kad mengikut kreativiti sendiri.

"Jadi, apabila sudah jadi rutin, Aidilfitri terasa tidak lengkap kalau tidak melakukannya," katanya Alif.

Menurut Alif, tradisi ini akan mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga dan sahabat handai malah penerima kad raya akan berasakan dirinya dihargai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 27, 2017 @ 11:13am
d