utama

Penjenayah 'tersangkut' di bumbung

Oleh Mohd Rizal Abdullah

SEORANG lelaki berjaya ditahan polis selepas melarikan diri ke bumbung sebuah rumah yang diceroboh dalam kejadian di Kampung Lutong Batu, Miri, pagi tadi.

Dalam kejadian 9.50 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 30-an itu berjaya ditahan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dikerahkan sebaik menerima panggilan.

Beliau berkata, bomba menyediakan tangga bagi membolehkan polis naik ke bumbung.

"Bomba turut membantu menurunkan lelaki terbabit dan diikat sebelum diserahkan kepada polis," katanya.

Difahamkan, semua penghuni rumah berkenaan masih bercuti di kampung sempena Aidilfitri.

Disiarkan pada: June 27, 2017 @ 12:16pm
d