utama

Ronaldo tetap mengancam

Oleh AFP

Kazan, Russia: Juara Copa America Chile akan cuba untuk membendung Cristiano Ronaldo dalam aksi separuh akhir Piala Konfederasi, hari ini dengan ayam tambatan Portugal itu berada pada prestasi terbaik meskipun terbabit dengan kemelut cukai di Sepanyol.

Pemain berusia 32 tahun itu menyempurnakan penalti ketika pasukannya membelasah New Zealand 4-0, Sabtu lalu, untuk gol antarabangsanya yang ke-75.

Penyerang Real Madrid itu kini sudah menjaringkan 16 kali dalam 10 perlawanan terakhir untuk kelab dan negaranya.

Kapten Portugal itu akan berdepan dengan tuduhan mengelak cukai di mahkamah Madrid bulan depan, tetapi begitu licik di padang Russia, meraih gelaran pemain terbaik perlawanan dalam semua tiga aksi, menjaringkan dua gol selain sekali membantu gerakan gol.

Selepas mengemudi Portugal ke takhta Euro 2016 di Paris setahun lalu, Ronaldo mahu gelaran antarabangsa kedua di final Piala Konfederasi di St Petersburg, Ahad ini, menentang sama ada Mexico atau Jerman yang bertemu dalam satu lagi separuh akhir esok.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 28, 2017 @ 7:55am
d