utama

Individu paling banyak senjata

Oleh Daily Mail

Colorado: Seorang pengumpul senjata yang dikenali sebagai Dragon Man (Lelaki Naga) mendakwa dirinya individu paling banyak senjata di Amerika Syarikat.

Mel Bernstein, 71, memiliki lebih 200 mesingan, 80 kenderaan tentera dan pelancar bom yang tidak terkira banyaknya.

Bernstein yang berasal dari Brooklyn, New York begitu taksub dengan senjata sehinggakan bilik tidurnya tersimpan ratusan senjata yang disusun di dinding.

Baginya, keadaan itu membuat dia selesa.

Bernstein mempunyai 37,000 pengikut di Facebook yang menyaksikan dia menjalani kehidupan sehariannya di tanah seluas 260 ekar di El Paso County, Colorado yang dinamakannya Dragon Land.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 28, 2017 @ 8:31am
d