utama

Syawal laut biru

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuantan: Bertugas sepanjang Aidilfitri satu kebiasaan buat warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) apabila perlu mengutamakan tanggungjawab menjaga keselamatan sempadan perairan negara.

Ini terbukti apabila 146 kru Kapal Diraja (KD) Lekiu merentas samudera dan menjalankan amanah dengan penuh dedikasi pada musim perayaan ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Biarpun terpaksa berjauhan daripada keluarga serta merindui makanan lazat di pagi Syawal seperti lemang, ketupat, dodol, rendang dan kari ayam, mereka cekal berbakti dan menggalas tanggungjawab memelihara keselamatan perairan negara.

Menurut Leftenan Syazrie Abdul Rahman, 30, sokongan isteri dan ahli keluarga penting baginya untuk kekal fokus dalam melaksanakan tugasannya.

“Ini kali ketiga saya berpuasa dan menyambut Aidilfitri di atas kapal sejak memulakan tugas 10 tahun lalu,” katanya yang bertugas sebagai pegawai peperangan bawah permukaan laut, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 28, 2017 @ 8:49am
d