utama

'Saya dah lali...'

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON popular, Nora Danish ‘memuji’ kreativiti pengguna laman sosial apabila menyamakan baju raya yang dipakainya dengan alas meja dan baju tidur.

Nora, 35, ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia sudah lali menjadi bahan kritikan peminat di laman sosial.

"Saya berasa mereka bosan. Lagi pula mana ada mengenai saya yang tak tular. Saya sudah biasa dengan semua itu. Mereka memang kreatif," katanya ringkas.

Nora juga mempertahankan tindakannya memakai pakaian itu meskipun dianggap seksi oleh peminat.

"Kain tu tak seksi pun. Lagi pula kain renda itu tebal dan tidak jarang. Malah kain dalam (lining) pun sampai paras lutut.

"Lain kalau saya bertudung dan dipadankan dengan kain itu, sesuailah kalau tular. Saya anggap mereka tak ada kerja," katanya.

Terdahulu busana warna putih yang digayakan Nora bersama suami pada pagi raya lalu dikecam dan dikritik peminat.

Antara komen yang ditulis peminat ialah menyamakan dengan dengan kain kafan dan buruk.

Pun begitu, segelintir peminat tetap memberi sokongan dan menyifatkan Nora sudah matang dalam setiap tindakan.

Antara komen itu meminta supaya tidak mempertikaikan pakaian orang kerana Nora sudah dewasa.

Disiarkan pada: June 28, 2017 @ 4:00pm
d