utama

'RM20 pun saya tak mampu'

Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: “Anaklah penyeri sambutan Syawal kami tahun ini walaupun terpaksa hidup sebagai gelandangan. Kami reda tetapi bukan selamanya mahukan kehidupan begini.”

Demikian kata Farizul, 36, yang terpaksa menyambut Aidilfitri kali pertama sebagai gelandangan bersama isteri, Syikin, 27, dan anak tunggal mereka, Nurisa berusia lapan bulan di ibu negara sejak sebulan lalu.

Menurutnya, mereka mengambil keputusan untuk membawa diri dari kampung halaman di Pahang untuk cuba hidup berdikari tanpa bergantung kepada keluarga yang mempunyai kehidupan mereka sendiri.

“Saya anak sulung daripada tujuh beradik dan di kampung rumah pun kecil, jadi lebih baiklah kalau sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri saya rasai sendiri hidup susah senang bersama isteri dan anak.

“Sambutan raya kami di sini tiada apa yang istimewa melainkan baju baru untuk Nurisa, itupun hasil sumbangan orang ramai kepada masyarakat gelandangan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Chow Kit, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 29, 2017 @ 9:28am
d