utama

Lapan muka surat al-Quran ghaib

Oleh myMetro

Johor Bahru: “Ini isyarat dunia semakin tua dan petunjuk Allah SWT berada di mana-mana,” kata Pegawai Penerbitan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Abdul Latif Juffri, 52, berhubung kehilangan lapan muka surat naskhah al-Quran milik abangnya yang disedari pada 25 Jun lalu.

Abdul Latif berkata, kehilangan lapan muka surat membabitkan empat surah dalam al-Quran berkenaan disedari ketika mereka 13 beradik beraya di rumah keluarga di Kampung Parit Ismail, Parit Yaa’ni, Batu Pahat.

“Kebetulan saya masih ingat potongan ayat pendinding terkandung dalam surah Yasin diajar guru, sebelum abang, Abd Manaf Juffri, 54, yang juga Guru Besar Sekolah Agama Seri Bengkal mendapatkan al-Quran untuk dijadikan rujukan.

“Bagaimanapun, ketika diselak helaian al-Quran itu didapati dua muka surat tidak bertulisan dan kosong, sebelum kejadian sama berlaku pada enam muka surat bagi tiga surah berlainan,” katanya berkongsi kejadian berkenaan menerusi laman sembang WhatsApp.

Abdul Latif yang berkhidmat di bahagian penerbitan sejak 1993 mengakui sudah beberapa kali melihat kejadian seperti itu, bahkan pengalaman itu adalah kali kedua dilalui abangnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 30, 2017 @ 8:41am
d