utama

Loew puji aksi Jerman

Oleh AFP

Sochi, Russia: Joachim Loew memuji persembahan menakjubkan Jerman selepas anak buahnya menang 4-1 ke atas Mexico di separuh akhir Piala Konfederasi dan berkata kelompok pemain muda itu memiliki kekuatan yang cukup untuk menewaskan Chile di final nanti.

Loew memilih untuk tidak membawa pemain bintangnya ke Piala Konfederasi tetapi pemain muda Jerman membuktikan bahawa mereka juga layak dihormati selepas menempah tiket ke final yang akan berlangsung di St Petersburg, Isnin ini.

Pemain tengah Leon Goretzka, 22, meledak dua gol dalam tempoh lapan minit pertama pada perlawanan menentang Mexico.

Timo Werner, 21, menjadikan kedudukan 3-0 sebelum rehat sebelum Marco Fabian merapatkan kedudukan buat Mexico menerusi sepakan percuma dan pemain gantian Amin Younes, 23, meledak gol keempat Jerman.

“Sejak awal kejohanan, pemain beraksi mengikut semua perancangan. Kami mendominasi permainan dan bijak menggunakan sepenuh peluang,” kata jurulatih Jerman Loew.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 1, 2017 @ 6:17am
d