utama

Amuk kena buang kerja

Oleh Reuters

New York: Seorang doktor yang dipecat daripada sebuah hospital di sini melepaskan tembakan menggunakan raifal automatik di dalam bangunan berkenaan kelmarin menyebabkan seorang doktor maut dan enam lagi cedera.

Lelaki itu yang memakai kot makmal putih menyelinap masuk ke Hospital Pusat Bronx-Lebanon di Bronx sebelum melepaskan tembakan.

Suspek dipercayai cuba membakar diri sebelum dia ditemui mati akibat menembak dirinya sendiri.

Jurucakap polis, James O’Neill berkata, seorang doktor pakar wanita maut ditembak dan enam mangsa cedera termasuk beberapa doktor dengan lima daripada mereka parah.

Daruk Bandar New York, Bill de Blasio memberitahu, kejadian itu berkaitan dengan masalah kerja dan bukan serangan pengganas.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 2, 2017 @ 5:52am
d