utama

Wajah baru Kuala Terengganu

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifl

Kuala Terengganu: Inisiatif Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menghiasi bangunan di Jalan Banggol, di sini, dengan mural yang menghadap ke Jalan Masjid Abidin bukan saja menceriakan bandar raya malah menjadi tarikan baru kepada pelancong untuk merakam gambar.

Tinjauan ke kawasan itu mendapati sebanyak enam bangunan di situ dicat dan dihiasi mural yang kebanyakannya mengetengahkan aktiviti tradisional di negeri itu.

Nur Izzatul Hayati Hamidun, 20, dari Pasir Gudang, Johor berkata, kreativiti pihak berkuasa tempatan (MBKT) menggunakan mural pada bangunan ternyata dapat menceriakan kawasan terbabit.

“Dua inisiatif ketara ialah bakat pelukis mural mungkin terdiri daripada kalangan anak muda yang boleh diketengahkan.

“Keindahan lukisan pada bangunan yang terhasil daripada mural itu secara tidak langsung membuka minda orang ramai mengenai kewujudan seni berkenaan, seterusnya boleh dikembangkan ke kawasan tumpuan awam,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 3, 2017 @ 9:37am
d