utama

'Biarkan saja...'

Oleh Najiy Jefri

Jiwa wanita ini kental. Ampuh mendepani segala mehnah (ujian) getir atau api kontroversi yang singgah pada dirinya.

Pendiriannya, tak hidup dek puji, tak mati dek keji. Lima tahun disanjung sebagai bintang selepas kejayaan membintangi drama Love You Mr Arrogant , dia tetap Zara Zya yang indah dan berdiri teguh di puncak kemasyhuran.

Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin mengakui sebagai anak seni dia tidak terlepas daripada kontroversi.

Terbaru, timbul gosip mengatakan dia dibela seorang lelaki bergelar Datuk hingga memperlihatkan dirinya semakin mewah dengan membuka perniagaan baru.

Walaupun dituduh dari segenap penjuru, Zara mengambil pendekatan untuk tidak lekas melatah, sebaliknya dengan tenang membiarkan angin kontroversi itu berlalu pergi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 4, 2017 @ 4:48am
d