utama

Asal jangan minta buka tudung

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Selepas mencipta nama menerusi drama bersiri Abang Bomba I Love You, lama rasanya tidak melihat wajah penyanyi dan pelakon, Amira Othman menghiasi kaca TV dengan karya baru.

Amira berkata dia ada menerima beberapa tawaran berlakon namun terpaksa menolak berikutan terikat dengan komitmen kerja lain.

"Berlakon menuntut komitmen masa yang panjang dan jika saya terima, bimbang tak sempat melakukan kerja lain," katanya.

Penyanyi lagu Hati Hati dan Jaga Jaga ini berharap dapat menjayakan sekurang-kurangnya sebuah drama sebelum penghujung tahun ini.

"Saya tak tahu apa ceritanya dan bila penggambaran akan bermula, tetapi akan ada," katanya.

Ditanya mengenai karakter idaman bagi mengembangkan bakat lakonannya, Amira tidak mahu imej bertudung menjadi batas untuknya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 5, 2017 @ 4:36am
d