utama

Jalan cair kerana cuaca panas

Oleh Agensi

Kuwait City: Cuaca panas yang menjangkau lebih 40 darjah Celsius kelmarin menyebabkan jalan tar di satu kawasan di Kuwait cair.

Rakaman kejadian itu dikongsi secara meluas dalam kalangan pengguna media sosial menunjukkan musim panas ekstrem yang melanda negara itu ketika ini, berserta dengan paras debu yang tinggi dalam udara.

Suhu di negara itu dilaporkan mencecah 49 darjah Celsius awal minggu ini hingga memaksa pihak berkuasa membenarkan pengebumian mayat dijalankan pada waktu malam sehingga September depan.

Kebenaran itu diberikan selepas penduduk mengadu tidak dapat menghadiri majlis pengebumian kerana cuaca yang terlalu panas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 6, 2017 @ 4:46am
d