utama

Everton makin hampir ikat Rooney

Oleh Agensi

London: Pengerusi Everton, Bill Kenwright bertemu penasihat Wayne Rooney, Paul Stretford di London kelmarin berikutan spekulasi mengenai masa depan penyerang Manchester United itu.

Difahamkan perjanjian untuk membawa semula Rooney kembali ke Goodison Park berjalan lancar.

Ia kini di peringkat rundingan secara berdepan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang persetujuan buat pemain berusia 31 tahun itu ketika kelab lain juga mempamerkan minat.

Masa depan bekas kapten England itu, yang memulakan 15 aksi Liga Perdana musim lalu, menjadi subjek spekulasi selama beberapa bulan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 7, 2017 @ 4:37am
d