utama

Kalau sudah ajal

Oleh Norizuan Shamsuddin

PENUNGGANG basikal maut selepas dilanggar kereta di Kilometer 5.3 lebuh raya Duta-Ulu Klang Expressway (DUKE), pada 9.45 pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata Allahyarham Abdul Rahman Sulaiman, 55, maut di lokasi.

Menurutnya, arwah dikatakan ketika itu berbasikal dari Air Panas, Setapak, menghala ke Jalan Kuching.

Katanya, siasatan dilakukan mendapati kemalangan itu membabitkan basikal dan Perodua PRODUA MyVi yang dipandu wanita berusia 59 tahun.

“Laluan itu ada empat lorong. Sebelum kejadian arwah berbasikal di lorong paling kiri manakala kereta berkenaan berada di lorong kedua dari kiri.

"Siasatan awal mendapati arwah dipercayai masuk ke laluan kereta itu ketika cuba mengekal kenderaan di depannya.

“Kejadian menyebabkan pemandu wanita itu tidak sempat menekan brek kerana jaraknya terlalu dekat dan melanggar belakang basikal berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, arwah berbasikal bagi tujuan riadah.

Disiarkan pada: July 8, 2017 @ 9:57pm
d