utama

4 maut dihempap lori tangki

Oleh Ainul Durmahyanty Durming

EMPAT orang maut selepas van dinaiki bertembung dengan lori tangki sebelum dihempap kenderaan berat berkenaan di Jalan Lahad Datu Tungku, Lahad Datu, hari ini.

Dalam kejadian 5.40 pagi itu, mangsa, dua lelaki dan dua wanita dewasa, masih belum dikenal pasti identiti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.59 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, terdapat van dihempap lori tangki di dalam parit dan anggota bomba terus mengeluarkan mangsa yang berada di dalam van berkenaan.

"Operasi mengeluarkan mangsa turut menggunakan tiga kren. Pada 9.22 pagi, mayat semua mangsa berjaya dikeluarkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, semua mayat terbabit kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: July 10, 2017 @ 10:43am
d