utama

Metro@7 - 10 Julai 2017 [METROTV]

Oleh HM Digital

• Empat maut selepas van dinaiki bertembung dengan lori tangki sebelum dihempap kenderaan berat itu di Jalan Lahad Datu Tungku.

• Seorang terkorban selepas sebuah lori tangki minyak meletup dan terbakar sehingga menyebabkan lima kenderaan dan sebuah motosikal lain terbakar.

• Lapan anggota polis direman empat hari bagi membantu siasatan kes tahanan lolos di Jalan Paya Terubong, Georgetown.

• Peneroka FELDA mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pengeluaran permit pasir.

• Tiga beranak menjadi kumpulan pertama dihadapkan ke mahkamah kerana menyeleweng urusniaga LPG, Jun lalu.

• Ribuan pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Salam Aidilfitri FELCRA 2017 di Wisma FELCRA.

Disiarkan pada: July 10, 2017 @ 6:59pm
d