utama

Mayat bayi tanpa kepala, tangan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

MAYAT bayi perempuan berusia sembilan bulan tanpa kepala dan tangan ditemui dalam keadaan dikelilingi anjing di hadapan pintu pagar kilang di Jalan Bakar 7, Bakar Arang, Sungai Petani 4.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang yang menghubungi talian Mers 999 memaklumkan penemuan mayat bayi yang dipercayai dibuang itu.

Menurutnya, polis kemudian terus ke lokasi kejadian dan menemui bayi perempuan itu dalam keadaan tanpa kepala dan kedua-dua tangan.

Katanya, hasil temubual dengan orang awam yang berada di lokasi kejadian, mereka memberitahu menjumpai mayat itu dalam keadaan dikelilingi anjing.

"Siasatan mendapati bayi itu berusia 35 minggu (sembilan bulan) dan sudah meninggal dunia antara sehari hingga dua hari lalu.

"Kita sedang mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Disiarkan pada: July 10, 2017 @ 11:08pm
d