utama

Daki puncak populariti

Oleh Najiy Jefri

Perwatakannya lemah lembut, sopan santun dan memiliki senyuman menawan. Malah, butir bicaranya juga kemas dan tersusun rapi.

Semua ini membuatkan nama Niena Baharun pantas meniti di bibir peminatnya selepas kejayaan membintangi drama Sayangku Kapten Mukhriz di TV3 lalu.

Walaupun drama itu sudah tamat tayangannya, peminat masih tidak boleh melupakan setiap saat indah yang dicipta Niena bersama pelakon gandingannya, Raja Afiq.

Selain itu, pelakon berusia 23 tahun ini juga bijak mengatur portfolio seninya dan Niena perlahan-perlahan mendaki puncak populariti serta dihujani tawaran demi tawaran.

“Alhamdulillah berkat doa dan restu keluarga, saya berjaya miliki apa yang diperjuangkan selama hari ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 11, 2017 @ 4:18am
d