utama

Terpesona akhlak Muslim

Oleh Zairee Mohd Yasak

Melaka: “Adab tatasusila masyarakat Islam menyebabkan saya tertarik memeluk agama ini,” kata Daniel Haikal Ng, 29, selepas melafazkan dua kalimah syahadah dalam majlis ringkas di Ayer Keroh D’ Village Resort di sini, kelmarin.

Mekanik tayar itu berkata, walaupun mengenali abang angkatnya yang juga seorang mualaf Muhammad Fitry Teu, 37, sejak sembilan tahun lalu, hasrat memeluk Islam tetap dipendamkan, kerana khuatir mendapat tentangan keluarga.

“Selain itu, saya risau jika saya terkontang-kanting tanpa guru atau rakan membantu mempelajari ilmu agama hingga dapat menjadi seorang Muslim yang baik.

“Selepas berfikir panjang, sebelum Ramadan lalu, baru saya beranikan diri menyatakan hasrat saya kepada Muhammad Fitry,” katanya.

Anak kedua dari tiga beradik itu berkata, selain faktor persekitaran yang dikelilingi masyarakat Melayu sejak kecil, adat orang Melayu seperti bersalaman ketika berjumpa dan kehidupan sederhana menjadi penarik utama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 11, 2017 @ 6:43am
d