utama

Syarikat kongsi payung hilang 300,000 payung

Oleh Agensi

Beijing: Sharing E Umbrella, sebuah syarikat kongsi payung yang berpejabat di Shenzen, China mengumumkan, hampir 300,000 payung yang disediakan untuk perkhidmatan itu hilang sejak perniagaan itu dilancarkan April lalu.

Terdorong dengan kejayaan perniagaan kongsi basikal dan yakin ‘semua yang ada dijalan raya kini boleh dikongsi,’ Zhao Shuping, ahli perniagaan dari Shenzhen mengasaskan perniagaan kongsi payung.

Menjelang akhir Jun, dia sudah melebarkan perniagaan itu ke 11 bandar utama di China, termasuk Shanghai, Nanjing dan Guanzhou.

Meskipun mengambil payung yang disediakan di stesen bas dan kereta api bawah tanah amat mudah, namun polisi mengembalikannya tidak semudah yang dijangka.

Ramai pengguna yang mengambil payung itu tidak memulangkannya. Menurut Zhao, syarikatnya gagal mengesan hampir 300,000 payung yang disediakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 13, 2017 @ 6:27am
d