utama

Lemas di kolam terbiar

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

 

Mriduwan@hmetro.com.my

 

Budak perempuan lemas manakala rakannya kritikal selepas dipercayai tergelincir di kolam terbiar, di Kampung Sena, Kuala Nerang, hari ini.

Nur Damia Nadhirah Shahrudin dan Muhammad Rusyadi Mohamad Na'am dipercayai terjatuh di kolam berkenaan kira-kira jam 6 petang hari ini.

Difahamkan kedua-dua mangsa berusia lima tahun ditemui terapung di tengah kolam terbabit oleh penduduk kampung jam 6.50 petang sebelum diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Nerang (HKN).

Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Amran @ Mohamad Zaki Omar berkata, Nur Damia Nadhirah bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di HKN manakala Muhammad Rusyaidi pula tidak sedarkan diri.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat manakala Muhammad Rusyaidi dirawat di Unit Rawatan Rapi," katanya.

Sementara itu tinjauan di pekarangan bilik mayat HSB mendapati ibu bapa dan ahli keluarga mangsa bedah siasat dijalankan namun enggan ditemubual kerana masih terkejut dan sedih dengan kejadian.

 

Disiarkan pada: July 14, 2017 @ 12:11am
d