utama

'Saya masih merangkak'

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Rezeki ada di mana-mana. Inilah kata-kata yang sentiasa dipegang penyanyi dan pelakon, Nabila Razali.

Baginya, rezeki tidak hanya terhad dalam satu bidang, sebaliknya sekiranya berbakat dan berani, kenapa tidak untuk mencuba pelbagai bidang seni selagi terdaya?

Selepas muncul sebagai Wafin Wardah dalam drama bersiri Hikayat Cinta Si Pematah Hati, namanya semakin melonjak sebagai pelakon walaupun sebelum ini pernah membintangi beberapa telefilem lain.

“Alhamdulillah, watak itu benar-benar kuat dan memberikan impak kepada kerjaya saya walaupun drama itu sudah tamat. Mungkin gandingan saya dengan Alif Satar yang sememangnya ada peminat yang sangat kuat.

“Ada juga sehingga di luar set pun, peminat yang berjumpa memanggil saya dengan nama Wafin Wardah,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 14, 2017 @ 8:37am
d