utama

Alves mahu cipta sejarah

Oleh AFP

Paris: Pemain kebangsaan Brazil, Dani Alves mengakui prospek “mencipta sejarah” dengan memenangi Liga Juara-Juara bersama Paris Saint-Germain menjadi faktor keputusannya menyertai kelab gergasi Perancis itu.

Alves diperkenalkan sebagai pembelian kedua kelab itu pada musim panas ini kelmarin selepas menyertai PSG dengan kontrak dua tahun secara perpindahan percuma sesudah dilepaskan Juventus bulan lalu.

Pemain berusia 34 tahun itu menang tiga trofi Liga Juara-Juara dan enam kejuaraan La Liga di Barcelona, yang mana bekas pengurus Pep Guardiola berharap memujuk Alves menyertai Manchester City.

Namun pertahanan kanan itu menolak peluang untuk kembali bersama Guardiola ketika PSG menawarkan Alves kontrak bernilai 14 juta euro (RM68 juta) setahun, menurut laporan di Perancis, sekali ganda daripada apa yang mahu dibayar City.

“Saya tidak hanya diintai Manchester City tapi kelab lain di England juga,” kata Alves.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 14, 2017 @ 8:51am
d