utama

32 tahun jadi patung

Oleh Agensi

Chennai, India: Nampak macam mudah tetapi seorang lelaki di sini mungkin mempunyai tugas antara paling mencabar di dunia.

Abdul Aziz bekerja sebagai patung hidup sejak 32 tahun lalu dengan berdiri tegak selama enam jam sehari selain menahan usikan orang ramai.

Sehingga kini, tiada siapa pun yang mampu membuatkan Abdul Aziz, 54, bergerak, tersenyum atau mengerlip mata.

Abdul Aziz yang digelar ‘Lelaki Patung India’ memulakan rutin hariannya itu sejak 1985, tidak lama selepas mendapat kerja sebagai pengawal keselamatan di hotel VGP Golden Beach Resort, di sini.

Semuanya bermula apabila majikannya yang melawat Britain berasa kagum melihat Pengawal Diraja di Istana Buckingham yang berdiri tegak seperti patung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 15, 2017 @ 4:27am
d