utama

Destinasi burung hijrah

Putrajaya: Sumber makanan yang pelbagai, banyak dan sentiasa ada untuk tempoh sepanjang tahun.

Itu faktor utama yang menjadikan Tasik dan Wetland Putrajaya (TWP) dijadikan habitat dan persinggahan hampir 200 spesies burung termasuk 59 spesies daripadanya adalah burung hijrah yang jarang ditemui.

Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland Perbadanan Putrajaya (PPj) Ahmad Zubir Sapian berkata, berdasarkan pemantauan fauna di ekosistem akuatik tasik dan tanah lembap pada tahun lalu, sebanyak 138 spesies burung dan sejumlah 34 spesies burung hijrah singgah di Upper Bisa, Presint 16, di sini, antara Oktober dan Disember.

Beliau berkata, kepelbagaian jenis burung itu boleh ditemui di kawasan tanah lembap seluas 200 hektar yang sebahagian besarnya terletak di Presint 13 (komponen pembangunan Taman Wetland) yang dinamakan sel wetland Upper West, Upper North, Upper Eas dan Lower East selain sel wetland Upper Bisa dengan keluasan hanya 17 hektar di Presint 16.

“Spesies burung yang direkodkan juga adalah pelbagai jika dilihat dari aspek pemakanan termasuk jenis pemakan madu (bunga), serangga, buah-buahan, hidupan air dan haiwan kecil.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 15, 2017 @ 8:30am
d